Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» [problem] Teks tak muncul pada kotak chat YM
Thu Dec 23, 2010 6:13 am by ibnuismaini

» MANUSIA & KENTUTNYA
Tue Dec 07, 2010 1:15 am by silentintruder

» Teka-teki 4
Sun Dec 05, 2010 5:54 pm by pelita

» Teka Teki 3
Sun Dec 05, 2010 5:45 pm by pelita

» Akhlak
Sat Nov 20, 2010 3:54 pm by lampustudy

» Terjebak: Salah guna ruang sembang
Sat Nov 20, 2010 3:50 pm by lampustudy

» Di manakah berus gigi anda?
Thu Nov 04, 2010 8:47 pm by insan mulia

» Teka teki 2
Wed Nov 03, 2010 11:47 pm by ibnuismaini

» [photoshop] Font Kelihatan Terlalu Kecil
Mon Sep 27, 2010 6:18 pm by ibnuismaini

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Terjebak: Salah guna ruang sembang

View previous topic View next topic Go down

Terjebak: Salah guna ruang sembang

Post  ibnuismaini on Thu Oct 21, 2010 9:42 pm

Kurang penghayatan dan gagal mengaplikasi ilmu serta pengetahuan dipelajari di institusi pengajian tinggi menjadi punca segelintir pelajar terjebak dengan perbuatan tidak bermoral menerusi kemudahan teknologi.


Ahli Majlis Wanita Islam Malaysia, Dr Mastura Badzis berkata, pelajar seharusnya tahu membezakan antara baik dan buruk sesuatu perkara namun kegiatan sedemikian seperti tidak menggambarkan mereka sebagai golongan intelek.

“Sepatutnya apabila pelajar semakin berilmu, mereka harus sedar tanggungjawab untuk memajukan diri dalam masa yang sama melakukan perkara yang bermanfaat. Tidak guna berlumba mengejar keputusan cemerlang tapi tiada pengisian dalam bentuk akhlak dan tingkah laku.

“Penggunaan laman sembang untuk melakukan perbuatan tidak bermoral tidak wajar dilakukan terutama membabitkan pelajar yang sepatutnya menggunakan kemudahan itu untuk tujuan baik seperti perkongsian ilmu atau perbincangan sesama rakan,” katanya..

Beliau berkata demikian mengulas perbuatan seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang ketagihan seks mencari lelaki hidung belang menerusi laman sembang untuk memuaskan nafsu serta mendapatkan kemewahan.

Pelajar terbabit pada mulanya menjadikan laman sembang untuk mencari kenalan baru sambil mengulangkaji pelajaran akhirnya terjebak dengan lelaki miang mempunyai niat serong di sebalik perkenalan di alam maya.

Dr Mastura berkata, kemudahan teknologi seperti itu tidak patut dipersalahkan kerana ia wujud dengan tujuan yang baik namun selalunya disalaherti dan disalahguna pihak tidak bertanggungjawab.

Sumber: Bernama

No Neutral
avatar
ibnuismaini
Admin

Posts : 55
MPoints : 2490
Join date : 27/04/2009
Age : 32
Location : Tanta, Mesir

View user profile http://ibnuismaini.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Terjebak: Salah guna ruang sembang

Post  lampustudy on Sat Nov 20, 2010 3:50 pm

nmpknye..benarlah setiap kerosakan yg berlaku kt dunia ini disebabkn oleh manusia itu sndr..
sedangkn Allah menciptakan setiap sesuatu itu utk kemudahan manusia,tetapi malangnye manusia menyalahgunakan NIKMAT2 ini semua...

Umar Abdul Aziz prnh berkata :
"Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab org ramai dgn sbb perbuatan dilakukan org2 perseorgn,akan tetapi krn maksiat dilakukan secara terang2an sdgkn org ramai tidak mengingatkn,maka keseluruhan kaum itu berhak mndpt seksa"...

Crying or Very sad
avatar
lampustudy
Super Moderators
Super Moderators

Posts : 29
MPoints : 172
Join date : 06/02/2010
Location : cairo,egypt.

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum