Diskusi BKKIMM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» [problem] Teks tak muncul pada kotak chat YM
Bekas YDP Melaka sertai AQ4?! EmptyThu Dec 23, 2010 6:13 am by ibnuismaini

» MANUSIA & KENTUTNYA
Bekas YDP Melaka sertai AQ4?! EmptyTue Dec 07, 2010 1:15 am by silentintruder

» Teka-teki 4
Bekas YDP Melaka sertai AQ4?! EmptySun Dec 05, 2010 5:54 pm by pelita

» Teka Teki 3
Bekas YDP Melaka sertai AQ4?! EmptySun Dec 05, 2010 5:45 pm by pelita

» Akhlak
Bekas YDP Melaka sertai AQ4?! EmptySat Nov 20, 2010 3:54 pm by lampustudy

» Terjebak: Salah guna ruang sembang
Bekas YDP Melaka sertai AQ4?! EmptySat Nov 20, 2010 3:50 pm by lampustudy

» Di manakah berus gigi anda?
Bekas YDP Melaka sertai AQ4?! EmptyThu Nov 04, 2010 8:47 pm by insan mulia

» Teka teki 2
Bekas YDP Melaka sertai AQ4?! EmptyWed Nov 03, 2010 11:47 pm by ibnuismaini

» [photoshop] Font Kelihatan Terlalu Kecil
Bekas YDP Melaka sertai AQ4?! EmptyMon Sep 27, 2010 6:18 pm by ibnuismaini

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Bekas YDP Melaka sertai AQ4?!

2 posters

Go down

Bekas YDP Melaka sertai AQ4?! Empty Bekas YDP Melaka sertai AQ4?!

Post  lampustudy Mon May 17, 2010 1:08 pm

Bekas YDP Melaka sertai AQ4?! Hi_021
SETELAH setahun berehat, rancangan realiti Akademi Al-Quran (AQ) terbitan TV9 kini kembali buat musim keempat dengan pelbagai pembaharuan yang lebih menarik.

Musim kali ini diberi nafas baru dari segi penampilan, konsep, kandungan yang lebih berkualiti, pengacara dan juga penambahan waktu siaran.

Menariknya lagi, AQ4 yang bermula 21 Mei ini disertai oleh seorang pelajar tingkatan satu, yang merupakan peserta paling muda setakat ini.

Siti Aishah Baain, 13, dari Kuantan, Pahang akan muncul bersama 12 peserta lain pada setiap Jumaat, pukul 9 malam.

TV9 pada tahun ini memberi kelainan dengan melonggarkan syarat had umur peserta seawal 13 tahun memandangkan banyak permintaan dari pihak madrasah dan sekolah agama.

Ujar pelajar Mahad Tahfiz Darul Ulul Al-Basriah, Kuantan, Pahang ini, dia amat bersyukur diterima masuk dalam akademi tersebut kerana teringin menyertainya sejak musim pertama lagi.

"Bagaimanapun kerana faktor usia saya terpaksa memadamkan hasrat saya dulu," katanya ketika ditemui di sidang akhbar AQ4 di Muzium Kesenian Islam, di sini baru-baru ini.

Siti Aishah yang mula belajar membaca al-Quran sejak berusia 4 tahun lagi, berazam akan menggunakan semua peluang yang ada untuk menambah ilmu terutamanya dengan tenaga pengajar dan peserta-peserta lain yang lebih senior.

Dia yang mengaku agak gentar bersaing dengan mereka yang lebih berpengalaman berkata, ibu dan bapanya yang juga merupakan qari dan qariah sentiasa memberikan galakan kepadanya.

AQ4 nafas baru

Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin berkata, pada musim ini, AQ4 muncul dengan pelbagai pembaharuan termasuk melonggarkan syarat had umur peserta seawal 13 tahun.

"Format juga berbeza iaitu kami menyelitkan pelbagai segmen supaya AQ4 tidak menjadi terlalu serius serta mudah difahami dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

"Selain itu, pada musim ini, pelajar dikehendaki membaca surah tertentu dan mentafsirkan surah tersebut di hadapan tiga orang juri berpengalaman.

"Ini dilakukan bagi memastikan mereka benar-benar faham sesuatu surah itu dan bukan setakat menghafal sahaja di samping penonton di rumah mendapat sedikit ilmu dari rancangan ini," katanya.

Tambah Rozaina, AQ4 akan lebih menarik apabila turut dihiburkan dengan penampilan istimewa daripada artis-artis jemputan menyampaikan lagu-lagu bertemakan keagamaan, qasidah dan bacaan al-Quran pada setiap minggu.

Segmen Ustazah AQ turut diperkenalkan dimana ia menerangkan kepada penonton tentang tajwid, tarannum, bayati, qiraat serta turut disediakan segmen trivia yang memberikan info agar penonton lebih faham.

Selain Siti Aishah, 11 orang peserta lagi yang terpilih ialah Yahya Ali, 23; Ahmad Tarmizi Ali, 25; Mohd. Ramadan Razali, 22; Mohd. Hassan Adli Yahya @ Yahuza, 25; Mohd. Nazif Zuhairi, 17; Husni Ali Hassan, 25; Mohd. Ahmad Zahid, 15; Mohd. Kamarulzaman Daud, 24; Nor Aslam Faiz Othman, 24; Amirul Shahida Md. Noor, 22 dan Rusli Abd. Latif, 22.

Peserta adik-beradik

Satu lagi keistimewaan AQ4 ialah penyertaan adik beradik dari Terengganu iaitu Yahya dan Ahmad Tarmizi yang mencuba nasib mereka di uji bakat yang diadakan di Kompleks Sri Iman, Terengganu.

Abang-abang Yahya dan Ahmad Tarmizi juga pernah menjadi finalis bagi AQ1 dan AQ2 iaitu Shukri dan Muslim.

Penyertaan uji bakat pada musim ini amat menggalakkan dimana hampir 1,000 orang hadir menjalani uji bakat yang diadakan di Perak, Kedah Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan Kuala Lumpur dan 200 orang daripadanya merupakan peserta berusia belasan tahun.

Tambah Rozaina, mereka masih belum membuat keputusan hadiah apa yang akan disediakan namun berjanji akan cuba memberikan nilai hadiah yang lebih besar berbanding musim yang lalu.

Setakat ini, TV9 masih mencari penaja-penaja yang berminat untuk menjalin kerjasama dengan rancangan yang pernah mencecah jumlah penonton seramai 1.5 juta pada musim lalu.

AQ4 diacarakan oleh Ustaz Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang merupakan naib juara AQ3 dan Aida juara Gadis Melayu pertama.

Sementara itu, juri bagi AQ4 terdiri daripada Ustaz Mohd. Nazeri Abdullah, Ustaz Radzi Kamarul Hailan dan Ustazah Asni Mansor.

AQ mula menemui penonton TV9 pada tahun 2006 dengan Anuar Hasin dinobatkan sebagai juara AQ1, Abdullah Fahmi Che Nor sebagai juara AQ2 dan juara AQ3 pula ialah Fakhrul Radzi Khamaruddin.

sumber :utusan malaysia online

KOMEN : Sesape yg mengenali beliau....bangga x?huhu Very Happy
lampustudy
lampustudy
Super Moderators
Super Moderators

Posts : 29
MPoints : 172
Join date : 06/02/2010
Location : cairo,egypt.

Back to top Go down

Bekas YDP Melaka sertai AQ4?! Empty Re: Bekas YDP Melaka sertai AQ4?!

Post  ibnuismaini Sat Jul 24, 2010 6:56 pm

Saya bangga sbb sy pernah kenal beliau. huhu~ Very Happy
ibnuismaini
ibnuismaini
Admin

Posts : 55
MPoints : 2490
Join date : 27/04/2009
Age : 39
Location : Tanta, Mesir

http://ibnuismaini.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum