Diskusi BKKIMM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» [problem] Teks tak muncul pada kotak chat YM
Laporan Khas: Logo halal diseragam EmptyThu Dec 23, 2010 6:13 am by ibnuismaini

» MANUSIA & KENTUTNYA
Laporan Khas: Logo halal diseragam EmptyTue Dec 07, 2010 1:15 am by silentintruder

» Teka-teki 4
Laporan Khas: Logo halal diseragam EmptySun Dec 05, 2010 5:54 pm by pelita

» Teka Teki 3
Laporan Khas: Logo halal diseragam EmptySun Dec 05, 2010 5:45 pm by pelita

» Akhlak
Laporan Khas: Logo halal diseragam EmptySat Nov 20, 2010 3:54 pm by lampustudy

» Terjebak: Salah guna ruang sembang
Laporan Khas: Logo halal diseragam EmptySat Nov 20, 2010 3:50 pm by lampustudy

» Di manakah berus gigi anda?
Laporan Khas: Logo halal diseragam EmptyThu Nov 04, 2010 8:47 pm by insan mulia

» Teka teki 2
Laporan Khas: Logo halal diseragam EmptyWed Nov 03, 2010 11:47 pm by ibnuismaini

» [photoshop] Font Kelihatan Terlalu Kecil
Laporan Khas: Logo halal diseragam EmptyMon Sep 27, 2010 6:18 pm by ibnuismaini

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Laporan Khas: Logo halal diseragam

4 posters

Go down

Laporan Khas: Logo halal diseragam Empty Laporan Khas: Logo halal diseragam

Post  lampustudy Tue Feb 16, 2010 3:34 am

Laporan Khas: Logo halal diseragam Mainpix
# Akta Perihal Dagangan 1972 dipinda Jun ini
# 'Logo Halal Malaysia' diperkenal gantikan pelbagai logo keluaran syarikat swasta
# Hanya Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri diberi hak eksklusif keluarkan sijil

AKTA Perihal Dagangan 1972 (APD 72) akan dipinda Jun ini bagi mewujudkan satu badan tunggal saja dibenar mengeluarkan sijil dan logo halal dikenali sebagai 'Logo Halal Malaysia', sekali gus dijangka mengakhiri sebarang tindakan memalsukan sijil serta logo halal yang berleluasa sejak kebelakangan ini.

Dengan pindaan itu, akan memberi kuasa kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melantik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) sebagai pihak bertanggungjawab mengeluarkan sijil dan logo halal Malaysia.

Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mokhtar, berkata sebelum pindaan itu dilakukan Jun ini pihaknya akan mendapat persetujuan semua negeri untuk menyeragamkan undang-undang berkaitan sijil dan logo halal kerana hal berkaitan agama adalah dalam bidang kuasa Jain masing-masing.

"Kami menjangka akan mendapat persetujuan itu Mac ini dan persetujuan ini akan memberi hak eksklusif pengeluaran sijil dan logo halal kepada badan pensijilan halal tunggal. Penyeragaman itu bermakna kita akan ada satu sistem, satu standard dan satu sijil.

"Penyeragaman juga akan memperkukuhkan kuasa negeri dalam isu pensijilan dan logo halal. Yang penting, melalui penyeragaman itu nanti hanya akan ada satu sijil halal diguna pakai iaitu sijil halal Malaysia. Selepas ini diharap tidak timbul lagi isu sijil halal palsu atau meragukan hingga mengelirukan pengguna," katanya kepada Berita Harian pada pertemuan di pejabatnya di Cyberjaya.

Laporan Khas: Logo halal diseragam Mainpix2
Buat masa ini, beberapa syarikat swasta mengeluarkan sijil halal hingga statusnya diragui dan keadaan itu juga dikatakan mendorong berlakunya kegiatan mengeluar sijil dan logo halal palsu. Jika APD 72 itu dipinda, bermakna sebarang pengeluaran sijil dan logo halal hanya menjadi hak eksklusif Jakim dan Jain.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini membuat laporan polis mengenai ratusan premis makanan di negara ini menyalahgunakan sijil halal yang dibeli pada harga antara RM800 hingga RM1,000 setiap satu daripada dua syarikat dikatakan aktif mengeluarkan sijil halal palsu.

Pihak berkuasa pula kelihatan sukar membanteras kegiatan itu kerana mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 (APD 72), sesiapa saja boleh mengeluarkan sijil halal dan disebabkan itu, isu yang timbul berkaitan pensijilan halal tidak dapat diselesaikan secara berkesan.

Mengikut APD 72 Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1957, sesiapa saja boleh menggunakan perbahasaan seperti 'halal', 'ditanggung halal' atau makanan Islam, dengan syarat mereka mematuhi perkara digariskan.

Bagaimanapun, jika ada maklumat bahawa pengesahan atau pensijilan halal oleh pihak lain sebenarnya tidak halal mengikut hukum syarak, tindakan boleh diambil terhadap pihak berkenaan mengikut APD 72.

Saimah menjelaskan, dakwaan mengenai premis dikatakan menggunakan logo palsu itu perlu dipastikan terlebih dulu kerana logo dikeluarkan syarikat swasta yang mengikut peraturan ditetapkan APD 72, bukan logo palsu.

"Jadi kita perlu pastikan apakah pemalsuan logo itu ialah menggunakan logo halal Malaysia yang dikeluarkan Jakim oleh mereka yang bukan pemegang sijil. Jika benar, Jakim boleh mengambil tindakan.

"Sebenarnya, kita memang ada kes syarikat menggunakan logo halal keluaran Jakim pada produk mereka tetapi tidak pernah memohon sijil halal. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sudah mengambil tindakan dan syarikat itu sudah dikompaun

"Bagi logo dikeluarkan syarikat swasta, itu di luar bidang kuasa Jakim. Bagaimanapun, aduan tetap diterima kerana pengguna mengharapkan Jakim beri perhatian, terutama hal berkaitan sumber bahan berasaskan daging di premis mendapat sijil halal pihak lain," katanya.

Beliau berkata, bagi kes premis mempamerkan sijil halal diperoleh hanya dengan membayar jumlah tertentu tetapi tidak memenuhi syarat digariskan atau tidak dilakukan pemeriksaan rapi, KPDNKK boleh mengambil tindakan mengikut seksyen 15 (1) APD 72.

Katanya, pengeluaran sijil halal tanpa perlu melalui proses pemeriksaan rapi dikategorikan sebagai kesalahan pensijilan tanpa berhemah kerana tiada pengauditan dibuat dan boleh menimbulkan keraguan kepada status sebenar premis itu.

Ditanya apakah peraturan dikenakan Jakim untuk mendapatkan sijil dan logo halal terlalu ketat menyebabkan banyak pihak mengambil keputusan memohon sijil halal daripada syarikat swasta, Saimah menafikannya.

Katanya, industri di negara ini sepatutnya dibangunkan untuk memenuhi keperluan serta standard halal sebenar kerana masalah sekarang ini, pihak industri tidak mencapai piawaian ditetapkan bagi mendapatkan sijil dan logo halal Malaysia.

"Standard kita komprehensif, digubal oleh pakar syariah dengan gabungan ahli sains,pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Standard kita lengkap iaitu halalan toyyibah berasaskan syariah serta diperkukuhkan dengan aspek kualiti dan keselamatan.

"Industri perlu berusaha mencapai keperluan digariskan Jakim. Sekarang ini disebabkan tidak mampu, industri mengambil jalan pintas mohon sijil pihak lain. Akibatnya, pengguna jadi keliru dan mangsanya ialah Jakim kerana kita yang mengeluarkan sijil serta logo halal," katanya.

Oleh itu katanya, menjadi harapan Jakim supaya penyeragaman pensijilan dan logo halal dapat dilaksanakan supaya pindaan APD 72 dibuat segera bagi memastikan hanya badan tunggal dilantik KPDNKK boleh mengeluarkan sijil dan logo halal Malaysia.

Dengan wujud badan tunggal pensijilan halal itu nanti, diikuti pula dengan penggubalan Akta Halal, isu lambakan sijil dan logo halal oleh pihak lain yang mengelirukan pengguna akan dapat diatasi secara berkesan.

sumber:Berita Harian

comment:
1.Insyaallah.Bagi pendapat peribadi,bgs juga dilaksanakan pindaan ni.Walaupun nmpk sukar utk permulaan,mudah utk akan datang.

Standard kita komprehensif, digubal oleh pakar syariah dengan gabungan ahli sains,
2.Malaysia perlukan golongan2 profesional, semestinya keluaran mesir utk membimbing perjalanan sistem ini di masa akan datang.. study
lampustudy
lampustudy
Super Moderators
Super Moderators

Posts : 29
MPoints : 172
Join date : 06/02/2010
Location : cairo,egypt.

Back to top Go down

Laporan Khas: Logo halal diseragam Empty Re: Laporan Khas: Logo halal diseragam

Post  ibnuismaini Fri Feb 26, 2010 10:16 pm

Bagus kalau diselaraskan.
Dorang takmo design baru ke logo halal tu? huhu...
ibnuismaini
ibnuismaini
Admin

Posts : 55
MPoints : 2490
Join date : 27/04/2009
Age : 39
Location : Tanta, Mesir

http://ibnuismaini.blogspot.com

Back to top Go down

Laporan Khas: Logo halal diseragam Empty JAIS Haramkan Sijil, Logo Halal Syarikat Swasta

Post  lampustudy Fri Mar 05, 2010 4:52 pm

JAIS Haramkan Sijil, Logo Halal Syarikat Swasta

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
Laporan Khas: Logo halal diseragam Halal
Mohammed Khusrin Munawi menunjukkan logo halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengharamkan penggunaan sijil dan logo halal yang dikeluarkan syarikat swasta berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi pada satu sidang media hari ini.

“Para pengusaha sijil halal swasta kini dilarang daripada menerima dan memproses sebarang permohonan mendapatkan Sijil Pengesahan Halal di Selangor.

“Mereka diberi tempoh selama tiga bulan untuk menyelesaikan semua permohonan yang sedang dalam proses pengesahan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Khusrin, sekiranya mereka gagal dan ingkar dengan arahan itu, JAIS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka di bawah Seksyen 12 (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 atau Seksyen 15 (A) Akta Perihal Dagangan 1972.

“Para penguasha barangan halal hari ini diingatkan agar mendapat Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan JAIS sahaja.

“Ini memandangkan hanya dua agensi ini sahaja yang layak mengeluarkan sijil berkenaan,” katanya.

Beliau membuat gesaan itu kerana ramai penguasaha barangan halal lebih berminat mendapatkan Sijil Pengesahan Halal daripada pengeluar sijil swasta termasuk para pengusaha yang gagal mendapat pengesahan halal daripada Jakim dan Jais.

“Kebanyakan logo halal keluaran pihak swasta yang berada di pasaran tidak diiktiraf oleh kerajaan dan ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat serta menjejaskan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘Hub Halal’.

“Oleh itu, pihak pengusaha barangan halal dikehendaki menggunakan sijil atau logo halal yang dikeluarkan oleh kedua agensi berkenaan dalam usaha menyeragamkan penggunaan logo halal di Malaysia,” katanya.

Khusrin menasihatkan para pengusaha barangan halal yang telah mendapat pengesahan halal dan masih dalam tempoh kelulusan, mereka diminta tidak menggunakan sijil dan logo halal alternatif ini serta perlu membuat permohonan semula Sijil Pengesahana Halal daripada Jakim atau JAIS.

source : mStar online

comment : rentetan dari isu logo halal arituh..bgslah..sekurg2nya ada tindakan dijalankan.. study
lampustudy
lampustudy
Super Moderators
Super Moderators

Posts : 29
MPoints : 172
Join date : 06/02/2010
Location : cairo,egypt.

Back to top Go down

Laporan Khas: Logo halal diseragam Empty Re: Laporan Khas: Logo halal diseragam

Post  pelita Tue Mar 23, 2010 1:42 pm

emm..bagus la.
pengguna x lg ragu nak membeli.

kalau dpt diklasifikasikan brgn syubhah pn bagus kn...
terlalu byk brgn syubhah..isk3..

apa2 pn, alhamdulillah kerajaan ada langkah untuk bendung gejala tangkap muat logo halal ni..

pelita
Exco BKKIMM
Exco BKKIMM

Posts : 23
MPoints : 123
Join date : 23/03/2010

Back to top Go down

Laporan Khas: Logo halal diseragam Empty Re: Laporan Khas: Logo halal diseragam

Post  pelita Tue Mar 23, 2010 2:01 pm

ibnuismaini wrote:Bagus kalau diselaraskan.
Dorang takmo design baru ke logo halal tu? huhu...
ibnuismaini nk tlg jakim design logo baru ka? Very Happy

pelita
Exco BKKIMM
Exco BKKIMM

Posts : 23
MPoints : 123
Join date : 23/03/2010

Back to top Go down

Laporan Khas: Logo halal diseragam Empty Re: Laporan Khas: Logo halal diseragam

Post  ibnuismaini Tue Mar 23, 2010 2:16 pm

pelita wrote:
ibnuismaini wrote:Bagus kalau diselaraskan.
Dorang takmo design baru ke logo halal tu? huhu...
ibnuismaini nk tlg jakim design logo baru ka? Very Happy

Hehehe... kalau dorang nak, pe salahnya... leh gak try. tp takut lagi meragukan je nanti. pening lak JAKIM. huhu...
ibnuismaini
ibnuismaini
Admin

Posts : 55
MPoints : 2490
Join date : 27/04/2009
Age : 39
Location : Tanta, Mesir

http://ibnuismaini.blogspot.com

Back to top Go down

Laporan Khas: Logo halal diseragam Empty Re: Laporan Khas: Logo halal diseragam

Post  .:: Imran ::. Wed Mar 31, 2010 6:06 pm

Lpas ni ustaz2 & ustazah2 'conquer' la jawatan2 pnting dlam negara... farao

Nnt senang nak tegakkan segala hukum2 Islam yg sekarang cuba diubah suai... cheers

Bermula dari Melaka pun xpe... queen
.:: Imran ::.
.:: Imran ::.
Member
Member

Posts : 27
MPoints : 28
Join date : 22/02/2010
Age : 33

http://ali--imran.blogspot.com/

Back to top Go down

Laporan Khas: Logo halal diseragam Empty Re: Laporan Khas: Logo halal diseragam

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum